Courier Service

Courier Service

Join Us

Merbok Forum

Suara Burung Marbok bernilai RM200,000

>> Saturday, February 14, 2009

"Pasir khas iaitu campuran pasir pantai yang digoreng diberikan kepada burung berkenaan untuk membantu proses penghadaman selain menjaga kemerduan suaranya."

BAK kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam. Begitulah perumpamaan bagi mereka yang menggilai seni suara burung ketitir (merbok) yang subjektif dan abstrak.Bagi kebanyakan orang, tiada apa yang istimewa dengan seekor burung sebesar tapak tangan itu, tetapi kepada para penggemarnya, kemerduan suara burung ini terlalu istimewa.

Mengapa? Meskipun cuaca panas terik, mereka sanggup berdiri menanti dan mengamati suara burung yang paling merdu di antara ratusan burung yang lain.Dengan keindahan adunan warna dan pelbagai reka bentuk sangkar yang dipamerkan, sudah cukup menarik perhatian mereka yang meminatinya selain setia menunggu dendangan burung bertuah.

Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir Antarabangsa Kelantan 2008 yang diadakan baru-baru ini berjaya menarik 2,000 peminatnya sempena perayaan menyambut ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke-58 yang diadakan di Lubok Jong, Rantau Panjang.Acara yang diadakan setiap tahun itu terus mendapat sambutan penggemar seni suara burung itu bukan sahaja dari dalam negara, malah dari Thailand, Singapura dan Indonesia.

Pengerusi Persatuan Seni Suara Burung Ketitir Kelantan, Datuk Nik Ishak Nik Daud memberitahu, pertandingan ini telah dianjurkan sejak lebih 30 tahun lalu.PARA peminat sanggup berdiri menanti dan mengamati suara burung yang paling merdu meskipun cuaca panas terik. Menurutnya, acara ini biasa dimainkan oleh golongan petani ratusan tahun lampau yang menjadikan aktiviti membela burung ketitir ini sebagai satu kemestian.

“Aktiviti memelihara burung ketitir terus kekal sebagai kegemaran tradisi rakyat Kelantan yang diwarisi turun temurun.

“Biasanya inilah hiburan golongan petani zaman dahulu, penat lelah seharian di bendang dan ladang bagaikan terubat apabila mendengar burung belaan mereka menari dan menyanyi,” katanya.

Tambahnya, proses membela seekor burung ketitir untuk pertandingan bukanlah semudah yang disangka, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memastikan burung-burung ini mampu mengeluarkan suara yang merdu dan lunak.Burung-burung ini perlu dijaga dari segi pemakanan sehinggalah soal ubat-ubatan bagi memastikan keupayaan mereka.

“Suara yang merdu dan lunak ini merupakan anugerah Allah kepada makhluknya dan kita sebagai tuan punya burung hanya berusaha memberi burung-burung tersebut latihan dan penjagaan yang sewajarnya,” ujarnya.Bermula dengan proses makanan, burung ini akan diberi bunga rumput ataupun sekoi selain makan utamanya.Selain itu, pasir khas iaitu campuran pasir pantai yang digoreng juga diberi untuk membantu proses penghadaman haiwan berkenaan selain menjaga kelunakan suaranya.

Burung-burung ini juga diberikan sedikit vitamin ataupun bancuhan air khas untuk membantu meningkatkan kesihatan mereka. Selain itu, sangkar juga perlu dibersihkan setiap hari.Tidak semua burung-burung ini mempunyai suara yang baik. Hanya yang terpilih dan faktor genetik menentukan keupayaan suara mereka.


NIK ISHAK NIK DAUD
Kepada yang tidak meminati permainan ini, jangan terkejut kerana ia boleh dikategorikan sebagai antara hobi mewah. Ini kerana nilai seekor burung yang baik boleh mencecah ratusan ribu ringgit.“Pernah seekor burung ketitir dari Pattani, Thailand dijual pada harga RM200,000 kepada seorang warga Singapura beberapa tahun lalu.

“Bagi sesetengah orang, ia mungkin tak masuk akal tapi hakikatnya memang telah terbukti sebelum ini dan harga antara RM15,000 hingga RM20,000 seekor adalah perkara biasa bagi peminat seni suara burung ini,” jelas Nik Ishak.

Seekor burung yang menyertai pertandingan perlu dipersiapkan dengan latihan supaya mereka tidak malu mengeluarkan suara yang lunak, merdu dan galak kerana faktor tersebut termasuk dalam proses pemarkahan.Menurut Nik Ishak, suara burung ini perlu dilatih dari segi keupayaan mengeluarkan, mengawal, lenggok, kemerduan, getaran suara selain membiasakannya dengan suasana pertandingan.

Katanya, seekor burung yang baik mampu mengeluarkan suara yang unik dan merdu untuk tempoh antara tujuh hingga lapan tahun.“Ada sesetengah burung yang hebat, mempunyai suara yang lunak tetapi semasa hari pertandingan ia menjadi pasif kerana beberapa faktor.

“Macam juga program Akademi Fantasia (AF), seseorang peserta mungkin hebat semasa latihan tetapi pada hari pertandingan ia menjadi kaku, gugup dan takut kerana ramai pesaing,” jelasnya.

Pertandingan kali ini menampilkan juri berpengalaman yang mahir dari pelbagai negara untuk mengadili empat peringkat proses penghakiman.Jelas Nik Ishak, suara burung ini dipecahkan kepada empat bahagian iaitu suara depan, tengah, air suara dan suara belakang.Keupayaan seekor burung ketitir menguasai keempat-empat bahagian ini membolehkannya dinobatkan sebagai juara selain kesepakatan juri dalam menentukan suara terbaik.

Sementara itu, empat kategori seni suara dipertandingkan iaitu suara A melibatkan burung yang mempunyai suara garau dan kasar, suara B bagi suara peringkat pertengahan, suara C untuk burung yang memiliki suara halus manakala kategori baru yang turut dipertandingkan ialah suara burung muda atau remaja yang berumur tujuh atau lapan bulan.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sambutan yang ditunjukkan mendorong kerajaan negeri mengambil inisiatif menambah baik pertandingan ini kerana ia tarikannya yang tersendiri.

“Peminat dan penggiat seni ini pula berkembang tanpa mengira kaum, budaya mahu pun latar belakang, malah ia berkembang ke negeri-negeri lain sama ada sebagai hobi, hiburan dan perniagaan.PENAT lelah seharian di bendang terubat apabila mendengar suara burung peliharaan menyanyi.

“Pada tahun ini, satu kategori baru iaitu pertandingan burung murai batu diperkenalkan sementara pertandingan burung tiong bercakap masih dikekalkan,” katanya semasa menyampaikan ucapan.Pertandingan itu juga mempertandingkan kemerduan suara burung tekukur, candik, tiong dan murai batu Selain pertandingan suara burung, pertandingan seni kecantikan ayam serama turut memeriahkan suasana.

*Sumber: Malaysia Spotted & Zebra Dove

0 comments:

Post a Comment

Forum Community

Merbok Forum

EDISI LAMAN WEB

Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum Bird Forum Bird Forum Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum bakal melahirkan sebuah buku berbentuk E-BOOK tidak lama lagi. Ianya berkaitan Burung Merbok dan Tekukur penuh dengan informasi dan padat dengan tips-tips yang berguna bagi pengemar burung.

FORUM NEWS LETTER

Penyerahan T-Shirt 'Ekslusif' Merbok Forum Edisi Pertama
Penyerahan T-Shirt Merbok Forum T-Shirt Merbok Forum
Edisi ke-2 bakal muncul tidakj lama lagi..!Tempahan kini dibuka.

RANKING / BIRD TOPSITE

TOP SITE Photobucket Bird Top Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site

LINK US (BLOG AND FORUM)

Link Us (opy/paste into your own (website or blog)
Merbok Forum Laman Warisan Laman Warisan

Back to TOP