Courier Service

Courier Service

Join Us

Merbok Forum

Kawan Sepermainan Dulu

>> Sunday, December 13, 2009

Akhirnya bersua juga dengan 'Sifu'

Hampir lima belas tahun saya tak pernah berjumpa sahabat karib Wan merangkap  'sifu' saya yang mana beliaulah orang yang banyak memberi tunjuk ajar berkaitan pikat tekukur. Seminggu awal kami telah mengatur untuk berjumpa satu lokasi mikat kawasan selangor. Memandangkan musim sikap dan helang masih ada lagi Wan bercadang layan pikat ayam je. Saya pun bersetuju dan bawak Guk-2 untuk sesi panas badan je.

Kami berjumpa disatu 'port' yang agak strategik bagi kaki-kaki pikat ayam terutamanya mahupun tekukur berkumpul. Puas saya cari 'port' tu akhirnya jumpa juga. Maklumlah bila dah melibatkan ayam hutan ni..bukan boleh main lepak sebarang je..tepat jam 7.30am seperti yang dijanjikan Wan pun sampai dengan menaiki motor

"Uuii...ensom lagi ko..!" Wan menyape saya. Sambil bersalaman saya pun jawap "Mana ade Wan...cam biasa je..makin tua adalahh..hehehee...." Kami yang berpakaian celoreng lusuh ala komando gitu pun bersembang sambil menikmati sarapan pagi. Maklumlah dah lama tak jumpa..sembang tak tak ingat lah.. Diantara cerita-cerita kami yang menyedihkan saya ialah, bila ada diantara kawan sepermainan yang sudah meninggal dunia.Ada juga yang masih aktif kata Wan lagi. Kalau nak jumpa datanglah kat kedai kopi(Kg. Subang) Kat situ ramai kaki-kaki pikat baru dan lama lepak.

Jam pun dah menunjukkan pukul 9.10am kami pun berangkat lah ke ladang yang Wan kata banyak BH melambung sewaktu dia layan AH temphari. Sampai dilokasi barulah saya perasan yang Wan bawak dua pikat rupanya sekor Ayam(Gambar) sekor Tekukur.(Gambar). BH dan AH dah riuh kat kawasan tu..pe lagi kami pun berpecah. Wan mencari laman pertama dengan sasaran seekor AH yang kokok kedengaran tua katanya. "Kalau ada rezeki makan ayam la..ko ari ni.." Saya pun pacaklah pikat Guk-2 berangarkan pokok mati disitu. Guk-2 terus buat kerja sambil lambung guk disahut seekor BH sora sedang. Lima minit kemudian BH pun sampai angar sambil menekan Guk-2 masuk giar satu..BH nampak pikat terus anguk..Guk-2 masuk giar dua bagi anguk angar gagap sedas dua..BH lambung guk balik..Guk-2 masuk giar tiga selang tekan anguk..BH terus diam. Guk-2 masih tak berhenti buat kerja. Tetiba BH blah macam tu je..rupanya ada helang berlegar kat situ. Patut la...tapi yang bestnya Guk-2 masih tak berhenti buat kerja..hhhmmm..dalam hati saya kata "kalau macam ni..guk-2 ni bakal makan angin jauh lagi ni.."

Saya pun ambil pikat masuk cetok malas nak tunggu, gantung kat pangkal kelapa sawit sambil tunggu Wan abis wat kerja. Sejam selepas tu, Wan pun sampai. "Pikat kena bedal lah..tak kena racik plak tuh..! kalau tunggu lama sket mungkin kene tu..Pikat muda lagi(Gambar)..baru bunuh lima ekor..tak nak kasi berlaga lama. Kalau aku bawak pikat tua tu..mungkin aku biarkan" kata Wan. Sebenarnya saya memang tak fokus sangat nak mikat pada hari ni..tumpuan lebih kepada nak sembang dengan Wan, banyak benda nak tanya dia terutama tentang tali kaki dan racik.

Kami pun lepaklah kat satu lokasi sawit tinggi sambil lepak dan sembang. Kali ni, boleh dikatakan santai gak la..sebab tak fokus sangat pada mikat. Dalam beg saya memang dah stndby benang dan buku. Apa lagi..sesi soal dan jawap..teori dan praktikal lah jadi nya. Semua yang belajar dengan Wan dulu dapat saya recall dan buat balik dengan tunjuk ajar semula dari 'sifu'. Yang seronoknya ada ilmu baru dapat saya pelajari masa tu..kali ni, semua nya saya tulis dalam sebuah buku khas.

Selesai sesi berguru semula tu..lebih kurang jam 5.00pm. Kami pun mengambil keputusan untuk sambung lagi dilain perjumpaan mikat. Sempat jugak Wan ajak saya gi mikat pada hari ahad 13/12/09,tapi mikat AH la..Wan kata lagi, sesi mikat AH ni ramai secara berkumpulan. Ada melibatkan pertaruhan. Bila saya dengar macam tu..saya pun ambil keputasan tak pergi. Bukan pasal pertaruhan tu..tapi hari ahad ingat nak lepak rumah je..nak rehat...hehee..Setakat ini je..rakaman perjumpaan saya bersama rakan karib saya. Saya rasa mungkin banyak lagi cerita yang bakal menyusul tentang pikat sebab partner lama dah kembali.

0 comments:

Post a Comment

Forum Community

Merbok Forum

EDISI LAMAN WEB

Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum Bird Forum Bird Forum Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum bakal melahirkan sebuah buku berbentuk E-BOOK tidak lama lagi. Ianya berkaitan Burung Merbok dan Tekukur penuh dengan informasi dan padat dengan tips-tips yang berguna bagi pengemar burung.

FORUM NEWS LETTER

Penyerahan T-Shirt 'Ekslusif' Merbok Forum Edisi Pertama
Penyerahan T-Shirt Merbok Forum T-Shirt Merbok Forum
Edisi ke-2 bakal muncul tidakj lama lagi..!Tempahan kini dibuka.

RANKING / BIRD TOPSITE

TOP SITE Photobucket Bird Top Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site

LINK US (BLOG AND FORUM)

Link Us (opy/paste into your own (website or blog)
Merbok Forum Laman Warisan Laman Warisan
Powered By Blogger

Back to TOP