Komplot Mikat Ramadhan
>> Saturday, August 14, 2010
Tak dapat gi mikat jauh gi yang dekat dah lahh...rakan2 ngajak saya gi ngajar BB kat laman biasa kami ngajar BB. Ada gak ngajar Merbok..
Tak dapat gi mikat jauh gi yang dekat dah lahh...rakan2 ngajak saya gi ngajar BB kat laman biasa kami ngajar BB. Ada gak ngajar Merbok..
Hari ini dalam sejarah...
En. Rauf kenalan saya merupakan seorang pengajar pacuan empat roda beliau juga kaki mikat burung. Tercetusnya komplot mikat ini, berikutan beliau memberi tahu saya sewaktu beliau mengajar sekumpulan dari Kementerian Kesihatan di Endau beberapa hari lalu terdapat banyak 'port' burung dan ayam yang baik2 cuma jika nak kesana hanya dengan menaiki pacuan empat roda sahaja. Jadi, beliau bercadang nak 'repeat' kesitu dengan kumpulan pemikat pulak. Saya kata kenapa tidak kita buat satu komplot kesana dengan geng2 pacuan empat roda. Beliau bersetuju dan terus memberitahu group 4X4 dimana sebahgiannya pun kaki mikat jugak.Kami pun terus berbincang untuk mengatur komplot ini. Hanya menunggu hari bersejarah saja. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasi kepada penganjur2 bersama serta penaja-penaja komplot ini.Mungkin komplot yang akan datang saya akan jemput media elektronik untuk buat liputan.
Laporan Komplot 25 April 2010
Seramai sepuluh orang diperingkat awalnya bersetuju untuk komplot. Wakil dari MF hanya tiga orang selebihnya bukan member MF. Lima orang dari group kg.subang, Dua lagi dari Gombak. 7.30pagi kami berkumpul dilokasi yang dijanjikan. Kami mula masuk ladang jam 8.00am stelah selesai bersarapan disebuah kedai tidak jauh dari lokasi mikat. Jam 12tghi kami jumpa semula untuk rehat dan makan tengahari. Beberapa ahli komplot terpaksa gerak awal sebab hal yang tak dapat dielakkan.Kami bersurai tepat jam lima petang. Hasil komplot adalah seperti berikut:
Tekukur - 5 ekor
Ayam - 2 ekor
Sesak...
Nampak gaya kene buat ladung lagi...kalau tak pun buat dua tingkat..sekali beli jagung 5 kilo..nak sembelih isi tak banyak mana pun...nak ikat dah takde ruang nak sangkut


Lawi Cecah Tanah Akhirnya Kecundang Waktu Gerimis..
Cuaca cerah hari sabtu membuatkan hati meronta nak gi mikat AH pemberian Wan. Mungkin sambil tu boleh gak bawak pikat Tekukur skali. Saya talipon Wan(sifu) ajak sama. Rupanya Wan memang dah plan dengan tiga lagi geng mikat AH merupakan anggota polis. Seperti biasa kami jumpa di port kami seawal jam 7.30 pagi. Pukul 8.00 pagi kami pun bergerak ke dalam ladang. Pagi tu bukan main riuh lagi bunyi AH dan Tekukur. Dalam hati kata ada peluang nih..
Laman pertama pacak pikat AH, pikat Tekukur gantung je.kedengran sekor AH agak tua kokok nya tapi taknak rapat dengan pikat AH. Dua jam lepak kat situ kami pun bercadang cari laman lain. Kali ni laman tepi lereng. Langit nampak macam mendung. Pikat AH menepuk tanda ada AH berhampiran. Tetiba dengar AH kokok belakang pikat. Bila intai nampak AH berkilat bulu berserta ekor lawi berjurai cecah tanah. Pikat goyang ekor sambil nak menerpa AH apa lagi AH takleh tahan terus terkam Pikat. Berlaga dua tiga kali. AH pun mula tarik kaki. Bungkuss....dan sembelih..cantas telinga dan balung kasi pikat makan syarat penting tu..
Oleh kerana hujan gerimis tak berhenti kami pun cadang balik saja. Ingat nak layan sampai petang. Pikat tekukur hanya turun satu laman saja. Bunyi dua tiga patah senyap. Saya tahu sikap masih banyak lagi tapi takpe saja bagi biasakan pikat. Jadi, itu saja laporan mikat untuk kali ni..
Rasanya, tak perlulah saya cerita lebih panjang sebab topik AH ni panass..... .
Back to TOP