Courier Service

Courier Service

Join Us

Merbok Forum
Showing posts with label Buat Racik. Show all posts
Showing posts with label Buat Racik. Show all posts

Racik Tekukur

>> Monday, March 29, 2010

Lagi satu kepala 21 mata..
Minggu ni tak gi mikat sebab member ajak gi menjala ikan. Selesai menjala kul 1.00tgh belah petang ingat nak layan ayam tapi cuaca semacam mndung je..saya pun siapkan racik burung satu kepala 21 mata. Kali ni sais tumang agak pendek sket(standard) berbanding racik  27 mata yang dah siap tempohari

Read more...

Racik Tekukur

>> Saturday, March 27, 2010

3 Hari Siap 3 Kepala...

Ingat dah malas nak buat racik tapi sebab dah mula main pikat balik terpaksa lah buat racik nampaknya.Disebabkan dah l;ama tak buat ingatkan dah lupa...tapi bila tangan dah mula pegang bahan2 yang nak buat kepala otak pun mula mengingat semula teringat balik. Kali ni saya buat tumang agak panjang sket dari biasa, gelung pun macam tu jugak. Inilah hasilnya...

Bahan-bahan terdiri daripada:
Tumang jenis tembaga, Gelung jenis Dupon 20lb je...Benang lilit guna benang jahit kusyen, kekili tembaga dan perambut benang kusyen gak.


Read more...

Isteri Bantu Buat Racik

>> Friday, January 22, 2010

ISTERI PERLU DIBERI PENDEDAHAN...
Kebiasaan yang kita dengar si pemikat seringkali menghadpi pertelingkahan dengan isteri berikutan aktiviti memikat mereka.
"Itu takdelah kerje lain tu..nak pegi mikat lah tu...bukan nya dapat pun..sesekali je..cublalah tumpu pada keluarga dihujung minggu..kan ke baik ini tidak asal ada cuti je..gi mikat" itulah kata-kata yang kedengaran dari mulut isteri yang tidak memahami hobi suami nya.

Agaknya isteri yang tidak memahami tu lebih senang melihat suaminya pergi berjudi, kaki pompuan, melepak, merempit, minum arak, lumba haram dan sebagainya.Kita sebagai pemikat seharusnya beri sedikit penjelasan yang bernas dan munasabah pada isteri kita. Kerana pendedahan berkaitan aktiviti memikat akan membuat isteri kita sedar bahawa hobi kita adalah hobi yang sihat.Disamping itu jugak janganlah kita abaikan tanggung jawab kita sebagai suami, ini akan mengeruhkan keadaan lagi.Tidak keterlaluan saya katakan, ada sesetengah pemikat langsung tak hiraukan rumah tangga sehingga berhari-hari pegi mikat sanggup tidur di hutan demi spesies yang diidamkan.Kekadang isteri takut nak berkata-kata mungkin kerana suami garang macam rimau atau mungkin malas nak layan dan cerita panjang sebab dah jodoh dengan kaki pikat nak buat camner kan..ikutkan aje lahh...

Berlainan pulak dengan isteri saya, sedang saya sibuk duk buat racik dan tali kaki dia duk peratikan aje..sampai satu ketika dia beritahu saya nak cuba buat pulak.akhirnya separuh dari racik dia yang tolong siapkan.Saya melarang tapi dia nak cuba jugak dan inilah hasilnya(gambar)Kekadang ada jugak isteri saya berleter "Tak penat ke Bang pergi sampai satu hari..tapi hasil takde..?" "Niat Abang memang lah nak dapatkan hasil tapi tak berhasil nak buat macamana takde rezeki" jawap saya."Bukan setakat memikat saje tetapi bila berjalan seawal pagi tu dapat eksesais sekali"jawap saya lagi.

Kesimpulannya isteri yang faham serta tahu menilai baik buruknya tidak akan mempertikaikan aktiviti ynang sihat ini.

Read more...

Forum Community

Merbok Forum

EDISI LAMAN WEB

Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum Bird Forum Bird Forum Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum bakal melahirkan sebuah buku berbentuk E-BOOK tidak lama lagi. Ianya berkaitan Burung Merbok dan Tekukur penuh dengan informasi dan padat dengan tips-tips yang berguna bagi pengemar burung.

FORUM NEWS LETTER

Penyerahan T-Shirt 'Ekslusif' Merbok Forum Edisi Pertama
Penyerahan T-Shirt Merbok Forum T-Shirt Merbok Forum
Edisi ke-2 bakal muncul tidakj lama lagi..!Tempahan kini dibuka.

RANKING / BIRD TOPSITE

TOP SITE Photobucket Bird Top Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site

LINK US (BLOG AND FORUM)

Link Us (opy/paste into your own (website or blog)
Merbok Forum Laman Warisan Laman Warisan
Powered By Blogger

Back to TOP