Courier Service

Courier Service

Join Us

Merbok Forum
Showing posts with label Eksesori Pikat. Show all posts
Showing posts with label Eksesori Pikat. Show all posts

Racik Sawit

>> Sunday, April 4, 2010

Racik Khas Main Sawit...

Semalam hari sabtu 3/4/10 sempat saya siapkan racik 21 mata khas untuk main kawasan sawit. Bahan buat racik sawit adalah seperti berikut:
Tumang - Tembaga
Tangsi - Maxima 20lb
Perambut - Benang jahit kulit
Lilitan - Benang jahit kulit
Kekili - Tembaga halus tapi keras

Read more...

Tali Ulat Dan Parang

>> Tuesday, December 22, 2009



Lama betul tak buat bende keras tangan nih...Bak kata orang, kalau ilmu itu tidak diamalkan ianya akan menjadi tumpul dan hilang. Inilah yang berlaku pada saya. Bukan lupa cuma tak berapa ingat je..maklumlah dah tua...mujurlah jumpa Wan(otai) yang masih sudi untuk mengajar balik cara-cara nak menganyam tali kaki pikat(tali ulat). Maka inilah hasilnya yang saya buat untuk pikat ayam(gambar). Untuk seterusnya saya akan buat tali ulat untuk pikat tekukur pulak yang memerlukan ketajaman mata dan ketelitian. Mata saya pun dah tak berapa nak nampak kena guna cermin mata la plak...aduuussss...ni yang leceh sebab dulu tak perlu nak guna cermin mata. Tapi takpa la..sebab nak guna sendiri je..kalau tak kemas pun takde sapa nak komplen. Inilah hasilnya.


 Yang ini pulak parang yang masih saya simpan untuk di bawa ketika pergi mikat. Saya bercadang nak tukar hulu dan sarung kepada kayu jenis Kemuning Ketanga  supaya ia lebih tahan lama lagi. Tukang buat sudah jumpa cuma nak hantar je..


Antara koleksi yang sediaada


Read more...

Tumang Untuk Kawan

>> Thursday, December 10, 2009

Hari selasa 8hb Dec 09, lega bila 'Tumang' jenis stainless steal yang di pesan oleh seorang member Merbok Forum selamat sampai ketangan beliau. Risau jugak pada mulanya, takut tak sampai maklumlah guna pos laju. Mana tahu pihak pos buat scan nampak plak besi tajam macam senjata terus kena sita nanti. Tapi, bila baca sms kiriman beliau sudah dapat barulah lega rasa hati.

Tumang jenis stainless steal tu, memang payah sket nak dapat. Dalam saya duk ronda2 kat kedai pet ternampak plak bende ni terus sailang dua batang sekali. Yang tingal sebatang je lagi. Itulah yang saya kirimkan kat member tu. Tumang tu sebenarnya saya tak guna pun... hanya buat koleksi je....kalau guna saya rasa payah sket nak dapat BH sebab berkilat. Saya lebih suka guna yang jenis tembaga kalau boleh biar nampak lusuh atau sizen. Saya tak pasti apa dia nak buat dengan tumang tu..kalau dia nak guna buat mikat saya ucapkan semoga berjaya dapat banyak BH.

Sekarang ni tengah duk atur nak pos cetok plak. Seorang lagi rakan Merbok Forum yang minta saya carikkan cetok buat dia. Dia kata cetok yang dia duk pakai buat mikat di singapore tu..tak cantek jadi saya tolong carikkan. Saya percaya dengan pilihan saya tu nanti..saya harap dia akan berpuashati dan bertambah rajin le..gi mikat.

Read more...

Buat Sendiri(D.I.Y)

>> Friday, November 27, 2009

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Ketika mula-mula saya berjinak-jinak dengan bermain pikat ni..memang semua nya kena beli. Seperti tali kaki dan racik beli yang dah siap kat kedai. Tentang beli tu takpe lagi tapi pembuatannya memang hancus tak puashati. BH(burung hutan) seringkali terlepas bila dah kena racik. Dan tali kaki pulak tak sampai setahun dah mereput.Perkara beginilah yang membuatkan saya bertekad untuk buat sendiri.

Pada masa tu, ramai jugak yang tahu buat racik dan tali kaki cuma ada sesetengah mereka ni 'kemut' atau kedekut ilmu. Bagi mereka pembuatan mereka adalah trade mark mereka tak boleh ditiru atau dimiliki oleh orang lain.Kalau ada yang nak bagi tunjuk ajar pun, macam taknak bagi je..ajar lain bila balik rumah buat jadi lain. Nampak sangat tak ikhlas kan..!

Untuk nak jadikan cerita, saya kenal dengan seorang kaki pikat(Wan-MAS) dari kg. melayu subang. Kami kenal semasa saya pergi mikat di sg.buluh. Waktu tu, sg.buluh memang tumpuan pemikat diseluruh lembah klang. Tanya saja otai-otai yang duk di Kuala Lumpur pasti dia orang tahu sg.buluh. Sg.Buluh bukan saja terkenal dengan banyak BH yang berbagai pesen(gaya) bunyi malah ianya satu port tempat kaki-kaki berkumpul sambil mengajar BB(burung baru) mereka.

Wan bukan saja dah lama main pikat tetapi pandai segala macam pembuatan eksesori pikat. Cakap saja pasti dia boleh buat. Dengan Wan lah saya berlajar buat racik dengan tali kaki. Keramahan Wan serta budi bahasa yang tinggi membuatkan saya mudah untuk berlajar dan memahami apa yang dia ajar Wan. Dia memang tidak kedekut ilmu, tanya saja dia pasti ajar. Kami putus hubungan(contact) setelah saya meninggalkan arena memikat kerana waktu itu tumpuan saya lebih kepada burung merbok tanding.

Bila dah mula balik memikat ni, saya cuba untuk mencari Wan di kg.melayu subang tapi dia dah pindah. Nasib baik jiran ada menyimpan no h/p dia. Saya pun set untuk berjumpa dengan Wan. Rupanya dia masih lagi aktif memikat macam dulu. Apa lagi, kami pun set lah gi mikat sama nanti. Mungkin banyak lagi yang masih perlu menimba ilmu dari Wan. Kita tunggu nanti....

Read more...

Baiki Racik 2

>> Sunday, November 22, 2009

Sambungan baiki racik..

Pagi lagi sudah hujan. Ingat nak bawak BB dengan Pikat gi panaskan badan tapi di sebabkan hujan maka saya lepak kat rumah je la...BB dangan Pikat dah meletop-letop kat rumah sejak dari malam tadi lagi tak berhenti berbunyi. Takpe bagi dia berentap kat rumah puas-puas dulu. Nanti bila keadaan musim sikap dah reda haa...berentaplah kat hutan tu..

Memandangkan cucaca redup begini perut pun rasa lapar semacam je..apa lagi start motor gi carik teh tarik dengan roti telur bawang. Selesai je sarapan saya pun belek la...racik yang dah terburai tu..ada dua tiga racik yang tali dia dah mula reput dan berbulu. Sibaik racik tu saya yang buat sendiri..dah tahu macamana ikatan nya, maka saya beranilah nak mengodek kalu tak, tak berani gak sebab tak tahu.Boleh katakan semua tumang racik berkarat. Dulu sewaktu buat racik memang saya dah standby tumang jenis stanless steal tapi malangnya kerja2 tu separuh jalan saja..sebab dah berhent main Pikat.

Selesai bukak tali racik semua, saya pun gosok tumang yang berkarat dengan kertas pasir. Tapi kalau tak mahu pun tak apa sebab sewaktu gi mikat nanti secara tak langsung bila pacak racik, karat yang duk ada tu akan hilang dengan sendirinya. Selesai mengosok tumang, saya pun ikat balik tali racik. Ambil masa lama gak la..nak ikat satu persatu. Kalau tak pandai ikat nanti boleh terlucut balik atau tak sama panjang mujurlah saya masih ingat lagi cara ikat(gambar) itu pun puas saya cuba 'recall' balik cara mengikatnya.


Empat jam saya duk adap racik tu sampai siap. Hanya dua rawan racik saja yang berjaya saya tukarkan tali nya(gambar).Yang lain tak tahu bila nak siap sebab masa tak mengizinkan. Faham2 je la..dah masuk cuti sekolah ni kan..banyak la..kenduri kawin.

Read more...

Baiki Racik

>> Saturday, November 21, 2009


Pikat tetap bunyi walau sewah(Sikap) masih ada...

Macam biasalah, seawal pagi saya sudah bangun setelah mengejakan yang wajib dan sarapan pagi, saya pun masuk pikat dalam catok dan terus pergi..

Kali ni. saya menghala ke sg. rening untuk sesi memanaskan pikat. Sampai dilokasi terus tijau laman mana nak pacak. Sementara mencari laman, saya gantung pikat disebatng pokok sebab kebiasaannya saya akan buat begitu untuk nak dengar BH ada ke tidak atau nak pilih mana yang bunyi bagus.

Kedengaran ada sekor tengah menekan tak jauh dari tempat saya gantung pikat. Apa lagi pikat terus sahut. Maka berentaplah dua ekor ni..selama beberapa minit . BH tak sampai gak. Kebiasaannya kalau BH jenis garang bila dengar je pikat sahut mesti datang kearah pikat. Memandangkan hanya BH tu sekor je..yg bunyi maka saya ambil keputusan kemas nak balik. Langit ketika itu nampak mendung nak hujan. Mungkin musim sikap masih ada lagi sebab tu banyak BH yang tak berani bunyi kot..

Sebab balik awal, pastu tak tahu nak buat apa..saya pun repairlah racik(gambar) yang duk ada tu..memandangkan ianya sudah agak lama takut reput plak nanti. Racik ni, saya buat sendiri..masih elok dan boleh pakai lagi nampaknya. Ada lima rawan racik yang saya buat. Kalau nak beli sekarang pun 21 mata cecah gak rm30 jadi, pakai je la mana yang ada.

Tengahari pulak, pergi kedai member beli tumang stainless steal(gambar) untuk pikat sebab tumang yang pikat pakai tu nak bagi kat burung BB(seladangjati)



Read more...

Catok(Sangkar Pikat)

>> Thursday, November 12, 2009

Sebenarnya bukan niat hati nak beli benda ni, hati tertarik bila kawan tunjuk catok baru dia. Sambil duk belek hati perkenan pada buatan tangan tukang dan rupa bentuk pintu catok. Dah merata saya pusing kedai burung, berbagai rupa bentuk yang saya lihat takda satu pun yang tertarik dihati. Harga plak mencecah hingga rm500. Mungkin bagi peminat denak tekukur memang tak ambil pusing pasal cetok ni..asalkan boleh masuk dan bawak ke hutan dah cukup. Tetapi bagi menilai erti seni serta kehalusan, inilah dia..



Dalam gambar ni, ada 2 jenis catok yang sama tapi tak serupa sebab dah minat saya tempah dua buah. Dulu, saya guna catok labu tanduk kerbau(100% tanduk) pastu saya jual sebab orang minat. Tapi. sekarang bila ingat balik rasa nyesal gak jual sebab dah payah nak dapat catok tanduk kerbau sekarang. Buat perhiasan pun cantek. Jenis yang ada sekarang ini, bukan tak bagus cuma kaki pikat sekarang lebih selesa mengguna catok macam ni sebab mudah dibawa terutama yang menguna motorsikal lagi pun jimat ruang.


Setelah beberapa hari menerima dua catok yang saya tempah ni, saya pun alter la..seperti letak kapet dan varnish kasi kilat. Denagn cara begitu ia catok akan tahan lama lagi.

Read more...

Koleksi Lama

>> Monday, November 9, 2009

Ini lah koleksi yang tinggal sejak saya berhenti seketika main pikat tekukur. Bila lihat dan baca member Merbok Forum rajin menghantar laporan aktiviti memikat mereka, rasa macam nak main pikat semula.
Dianatara eksesori yang saya buat sendiri ialah Racik dan Tali Ulat(tali kaki) semua tu saya berlajar dari member yang kerap pergi mikat dengan saya dulu. Bila sebut pasal kawan mikat ni, kemana pergi mereka ya..lama betul tak jumpa. Harap mereka sihat dan boleh berjumpa semula.


<-- Ini adalah 'Tumang'. Bukan buat sendiri ya..tapi beli. Tak tahu lah sekarang harga berapa. Tapi masih boleh dapat dikedai-kedai burung. Ada dua jenis disini, satu tembaga dan satu lagi gabungan stainless steal dan tembaga.




<-- Ini adalah tali ulat(tali kaki) yang saya buat sendiri. Belajar dari sahabat(Wan). Ramai juga yang menguna tali buatan saya ni dulu. Saya ada trade mark saya sendiri hehehe...




<--Ini adalah racik yang saya buat sendiri. Berlajar dari rakan sepermainan dulu. Dia(Wan) masih lagi aktif mikat. Cuma kami tak dapat nak pergi main pikat sama lagi sebab masing-masing dah tinggal jauh.






<--Cetok(sangkar pikat) ini saya tempah dengan seorang otai(orang lama) dulu. Beliau kalau saya tak silap tinggal di sentul pasar kl. Saya tak pasti dia ada lagi ke tidak sebab tak dapat dikesan dan hubungi. Yang pasti saya dah jumpa tukang buat cetok yang lebih cantek dan kemas. Nanti bila siap saya post gambarnya.

Read more...

Sangkar Layang Pikat Tekukur

>> Wednesday, November 4, 2009

Hari ni, baru beli sangkar layang pikat tekukur sebab nak letak burung tekukur baru. Harga cuma RM50 saja. Beli kat kedai pet shop la mana lagi..kalau nak tempah(Macam gambar) bukannya murah..paling kurang pun RM150.Ada yang cecah sampai ribu ringgit jugak tapi rupa takyah cerita la..dah macam barang antik..nak letak burung pun rasa sayang.





<--Ini sangkar layang tekukur lama saya, masih lagi dalam simpanan.

Read more...

Forum Community

Merbok Forum

EDISI LAMAN WEB

Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum Bird Forum Bird Forum Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum bakal melahirkan sebuah buku berbentuk E-BOOK tidak lama lagi. Ianya berkaitan Burung Merbok dan Tekukur penuh dengan informasi dan padat dengan tips-tips yang berguna bagi pengemar burung.

FORUM NEWS LETTER

Penyerahan T-Shirt 'Ekslusif' Merbok Forum Edisi Pertama
Penyerahan T-Shirt Merbok Forum T-Shirt Merbok Forum
Edisi ke-2 bakal muncul tidakj lama lagi..!Tempahan kini dibuka.

RANKING / BIRD TOPSITE

TOP SITE Photobucket Bird Top Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site

LINK US (BLOG AND FORUM)

Link Us (opy/paste into your own (website or blog)
Merbok Forum Laman Warisan Laman Warisan
Powered By Blogger

Back to TOP