Courier Service

Courier Service

Join Us

Merbok Forum
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Orang India Main Pikat

>> Friday, December 4, 2009


"Mr. Maniam lebih handal dari yang saya jangkakan..."

Ladang guthrie memang popular satu ketika dulu, hampir disetiap daerah ada ladang ni. Ladang ini mempunyai kawasan yang luas sehingga kadang2 saya hampir sesat bila memikat dikawasan ladang ni. Salah satu ladang guthrie 'favourate' saya ialah di bukit jelutung. Ladang ni, bersempadan dengan hutan simpan bukit cerakah, ada satu ketika saya akan terserempak dengan pelanduk, kijang dan rusa.

Laman yang sering saya tuju diladang ni ialah dibawah high tension wire tnb iaitu laluan kabel berkuasa tinggi tnb. Kebiasaannya dimana-mana pun laluan wayer ni akan ada kawasan kosong atau lapang dibawah nya. Disini lah laman yang sesuai untuk melabuh pikat. Angau nya pulak ialah laluan wayer itu sendiri. Sebelah kiri ladang sawit sebelah kanan hutan simpan, memang banyak BH kat sini sampaikan tak tahu mana satu BH yang nak dipilih. Sebenarnya, laman ni member yang tunjuk. Kalau tidak, memang tak tahu pun.Saya rasa kalau saya tak kenal dengan kaki-kaki pikat memang tak jumpa 'port' ni..Jadi, untuk mengetahui 'port' BH kene rajinlah bercampur dengan kaki-kaki pikat ye..itu pun kalau dia orang nak bagi tahu. Sesetengah nya, menjadi 'port' rahsia.

Setiap kali kalau saya main pikat dikawasan ni, mesti terdengar bunyi seladang gantung tapi tak pernah nak sampai angau atau berkeliaran dikawasan saya main. Angaran bunyi kedengaran lima atau enam pokok kelapa sawit. Hati saya memang tak kisah masa tu sebab terlalu banyak BH yang lain bunyi lagi power2. Niat nak cuba tangkap tu memang takde sebab syok duk layan BH yang lain. Kira orang kata tak heran la..masa tu..Setelah beberapa kali main dikawasan tu, satu hari tengah saya duk tunggu sekor BH selang banyak dan anguk banyak macam biasalah BH pun terjunlah kelaman tapi jauh dari laman saya. Dalam hati saya kata apasal dia landing jauh ni..tadi bukan main garang lagi. Biasanya kalau BH garang dia takan landing jauh mesti masuk laman punya.

Dalam samar-samar terlindung dek lalang saya terdengar BH tu menganguk tak berhenti lagilah heran. Punya jauh landing tapi boleh anguk lagi ni..saya tak puashati lalu pergi hendap macam mat tiarap. Dari celah-celah pelepah kelapa sawit mati saya cuba intai. Rupanya dia tengah layan sekor lagi burung kat tanah. Saya pun ambil keputusan nak pindah laman kat situ. Belum sempat saya pasang saya nampak seorang lelaki india tengah cangkung kat kawasan BH tadi tu. Saya pun angin lah sebab apasal dia menyibuk plak kat sini. Saya pun tengur dia yang tak perasan kehadiran saya.

"Hallo..! apa bikin..?" tanya saya dengan nada keras sket.
Sambil menoleh India tu pun jawap "Abang burung sudah kena la.."
"Mana..?" tanya saya.
Sambil mengengam kemas India tu pun jawap "Ini burung banyak kuat laga la bang..berapa kali dia sudah naik atas hantam saya punya pikat"
Dalam hati saya kata "Mak aii..india ni main pikat biar betul.."
"Awak main pikat ka..?" saya buat2 tanya. "Ya la bang..sudah saplu tahun jugak" jawap India tu sambil lengukkan kepala dia. "Ini pikat seladang juga..saya bili sama md.noh kg. medan"
"oo..itu bunyi seladang awak punya pikat la..itu pasal tak mau mari bila saya punya pikat bunyi.."
Sambil senyum India tu jawap "ia la..bang..saya punya pikat juga"

Apa yang bermain di kepala saya selama ni dah terjawap. Seladang gantung yang saya sangkakan BH tu rupanya pikat orang. Itu takpe lagi, yang mengkagumkan saya ialah sipemikat berbangsa India. Kalau orang Cina memang biasalah. Kat mana-mana pun ada. Lagipun penglibatan orang Cina main pikat sejak zaman tuk nenek kita dulu lagi.Inilah kali pertama seumur hidup saya berjumpa orang India main pikat. Sehingga kehari ini tak jumpa lagi. Itulah sorang saja yang saya jumpa.

Saya masih tak lupa nama dia ialah Mr. Maniam pekerja ladang disitu. Sempat saya pergi kerumah dia sebab dia pelawa kami singgah.Paling tak sangka lagi, kat rumah dia diseklilingi oleh BH yang baru tambat. Siap ada ladung lagi, penuh dengan BH pulak tu. Kami masa tu memang tabik dan respect dengan Mr.Maniam yang bukan saja tahu main pikat tapi dah macam cara orang melayu main pikat. Pengalaman dia yang saya tahu, banyak berlajar dari orang atau pemikat yang sering datang keladang tu untuk mikat.

Itulah saja yang saya dapat kongsikan.

Read more...

Pikat atau Memikat - 2

>> Friday, November 13, 2009

Sambungan...

Perjalanan kadang2 mengambil masa yang lama kerana lokasi memikat yang hendak dituju jauh. Berkereta atau motor perkara biasa bagi si pemikat. Samada tumpang kawan atau pandu sendiri. Sekiranya berkumpulan, tempat kumpul sudah diberitahu seawal lagi. Bila berjumpa dengan geng pikat ceritanya sama saja. Masing-masing menceritakan perihal pikat masing2.

Ladang, Sawah(Bendang), Estate, kawasan perumahan adalah sasaran yang dituju. Kebiasaannya kawasan ladang atau estate lah tempat yang sering si pemikat tuju. Jarang sekali ke lokasi sawah atau kawasan perumahan kecuali ada burung hutan yang diidamkan. Tak tahu berapa kilometer sudah mereka meredah dalam estate. Adakalanya beratus kilometer mereka masuk kedalam. Tidak kurang juga yang tersasar ke sempadan hutan simpan, "aahh..! takut apa..aku dah biasa dengan tempat ni.." itulah agaknya kata-kata yang bermain dihati si pemikat. Apa pun, lebih jauh perjalanan lebih luaslah pemandangn dan lebih banyak burung yang molek.

Kemalangan, dimana-mana pun boleh berlaku kemalanagn kan. Jarang sekali saya dengar kemalangan berlaku terhadap si pemikat. Kalau ada pun, mereka terdengar bunyi 'ngauman' pak belang atau pun 'tempek kan' orang kuat(gajah). Itu pun kalau pemikat bermain dikawasan sempadan hutan. Kalau di ladang atau estate abis kuat pun jumpa babi hutan. Itu pun bahaya gak tu..kalau masa dia bawak anak, terserempak pulak dengan kita, memang dia kejar sampai tak cukup tanah kita nak lari.

Apa yang saya tahu dari pengalaman, binatang buas ni..mereka tak cari manusia, walaupun binatang buas jenis pemangsa. Kerana, binatang ada deria bau yang kuat sehingga 50 kilometer mereka boleh terbau manusia sekiranya melalui kawasan mereka. Bila ini berlaku binatang buas sudah awal-awal lagi pergi jauh dari kita. Kecuali terserempak..! sediri mau ingat lah..

bersambung...

Read more...

Pikat atau Memikat

>> Tuesday, November 10, 2009


Bila cerita pasal pikat ni, ramai yang beranggapan satu hobi yang tidak mendatangkan hasil. Betul ke..? Ia lah kot..! Mana tidak nya..kalau diperhatikan gelagat orang kaki pikat ni, mereka ini akan keluar pagi balik petang kekadang tak balik dua tiga hari semata-mata nak pikat burung yang diidamkan. Sangup meredah semak, hutan dan ladang demi memenuhi hajat dihati. Makan minum tolak tepi dulu..yang penting nak dapatkan burung idaman. Bila dah dapat, hati rasa lega dan puas barulah teringat nak makan atau minum. Kalau ada bawak bekal jawapnya makan berkelah kat dalam hutan tu..

Isteri pula, seawal subuh sudah ditinggalkan. Isteri yang tidak mahu panjang cerita terpaksa bangun pagi juga sambil menyediakan sarapan pagi, bukan setakat sarapan,,ada isteri siapkan bekal lagi..sebab apa..? sebab sayangkan suami..yang masih tidak lupakan tanggung jawab sebagai suami. suami pula bergegas sebab kawan dah tunggu, macam nak pergi ke ladang. Dengan baju, seluar dan topi celoreng nya. Ala komando gitu..

Tidak kurang, bini yang 'celir'(istilah pikat) buat tak tahu je..embun pagi yang masih menitis kebumi membuatkan isteri bergulung kesejukan dalam selimut. Suami yang sedar keadaan itu, tetap dengan tujuan untuk aktiviti memikat. Sanggup sediakan kopi panas sendiri. Isteri jenis ini, sesekali akan mengeluarkan kata sindiran "Bang! tangkap banyak sikit burung, boleh kita makan gulai burung hari ni..". Suami yang dah tahu kerenah isteri buat tak tahu je..sambil capai parang serta eksesori pikat, start motor terus pergi.Ini perkara biasa bagi sipemikat.

Sesetengah pemikat, ada juga yang lebai(alim). Walau ditengah hutan, solat mereka ni tak tinggal. Yang lain tetap sama macam si pemikat jugak. Bayangkan ye..pengaruh memikat tak kira siapa. Golongan atasan..pertengahan..dan bawahan.

Tetapi, yang menuntungkan sipemikat ialah mejual pikat. Si penjual mesti ada banyak pikat. Setelah diasuh beberapa pikat, mereka akan jual pikat mereka kepada si pemikat jugak. Kalau jual pada bukan kaki, apa diorang nak buat dengan pikat ni kan. Percaya tak..! Dua ribu..tiga ribu..orang sanggup beli.

bersambung...

Read more...

Suara Burung Marbok bernilai RM200,000

>> Saturday, February 14, 2009

"Pasir khas iaitu campuran pasir pantai yang digoreng diberikan kepada burung berkenaan untuk membantu proses penghadaman selain menjaga kemerduan suaranya."

BAK kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam. Begitulah perumpamaan bagi mereka yang menggilai seni suara burung ketitir (merbok) yang subjektif dan abstrak.Bagi kebanyakan orang, tiada apa yang istimewa dengan seekor burung sebesar tapak tangan itu, tetapi kepada para penggemarnya, kemerduan suara burung ini terlalu istimewa.

Mengapa? Meskipun cuaca panas terik, mereka sanggup berdiri menanti dan mengamati suara burung yang paling merdu di antara ratusan burung yang lain.Dengan keindahan adunan warna dan pelbagai reka bentuk sangkar yang dipamerkan, sudah cukup menarik perhatian mereka yang meminatinya selain setia menunggu dendangan burung bertuah.

Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir Antarabangsa Kelantan 2008 yang diadakan baru-baru ini berjaya menarik 2,000 peminatnya sempena perayaan menyambut ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke-58 yang diadakan di Lubok Jong, Rantau Panjang.Acara yang diadakan setiap tahun itu terus mendapat sambutan penggemar seni suara burung itu bukan sahaja dari dalam negara, malah dari Thailand, Singapura dan Indonesia.

Pengerusi Persatuan Seni Suara Burung Ketitir Kelantan, Datuk Nik Ishak Nik Daud memberitahu, pertandingan ini telah dianjurkan sejak lebih 30 tahun lalu.PARA peminat sanggup berdiri menanti dan mengamati suara burung yang paling merdu meskipun cuaca panas terik. Menurutnya, acara ini biasa dimainkan oleh golongan petani ratusan tahun lampau yang menjadikan aktiviti membela burung ketitir ini sebagai satu kemestian.

“Aktiviti memelihara burung ketitir terus kekal sebagai kegemaran tradisi rakyat Kelantan yang diwarisi turun temurun.

“Biasanya inilah hiburan golongan petani zaman dahulu, penat lelah seharian di bendang dan ladang bagaikan terubat apabila mendengar burung belaan mereka menari dan menyanyi,” katanya.

Tambahnya, proses membela seekor burung ketitir untuk pertandingan bukanlah semudah yang disangka, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memastikan burung-burung ini mampu mengeluarkan suara yang merdu dan lunak.Burung-burung ini perlu dijaga dari segi pemakanan sehinggalah soal ubat-ubatan bagi memastikan keupayaan mereka.

“Suara yang merdu dan lunak ini merupakan anugerah Allah kepada makhluknya dan kita sebagai tuan punya burung hanya berusaha memberi burung-burung tersebut latihan dan penjagaan yang sewajarnya,” ujarnya.Bermula dengan proses makanan, burung ini akan diberi bunga rumput ataupun sekoi selain makan utamanya.Selain itu, pasir khas iaitu campuran pasir pantai yang digoreng juga diberi untuk membantu proses penghadaman haiwan berkenaan selain menjaga kelunakan suaranya.

Burung-burung ini juga diberikan sedikit vitamin ataupun bancuhan air khas untuk membantu meningkatkan kesihatan mereka. Selain itu, sangkar juga perlu dibersihkan setiap hari.Tidak semua burung-burung ini mempunyai suara yang baik. Hanya yang terpilih dan faktor genetik menentukan keupayaan suara mereka.


NIK ISHAK NIK DAUD
Kepada yang tidak meminati permainan ini, jangan terkejut kerana ia boleh dikategorikan sebagai antara hobi mewah. Ini kerana nilai seekor burung yang baik boleh mencecah ratusan ribu ringgit.“Pernah seekor burung ketitir dari Pattani, Thailand dijual pada harga RM200,000 kepada seorang warga Singapura beberapa tahun lalu.

“Bagi sesetengah orang, ia mungkin tak masuk akal tapi hakikatnya memang telah terbukti sebelum ini dan harga antara RM15,000 hingga RM20,000 seekor adalah perkara biasa bagi peminat seni suara burung ini,” jelas Nik Ishak.

Seekor burung yang menyertai pertandingan perlu dipersiapkan dengan latihan supaya mereka tidak malu mengeluarkan suara yang lunak, merdu dan galak kerana faktor tersebut termasuk dalam proses pemarkahan.Menurut Nik Ishak, suara burung ini perlu dilatih dari segi keupayaan mengeluarkan, mengawal, lenggok, kemerduan, getaran suara selain membiasakannya dengan suasana pertandingan.

Katanya, seekor burung yang baik mampu mengeluarkan suara yang unik dan merdu untuk tempoh antara tujuh hingga lapan tahun.“Ada sesetengah burung yang hebat, mempunyai suara yang lunak tetapi semasa hari pertandingan ia menjadi pasif kerana beberapa faktor.

“Macam juga program Akademi Fantasia (AF), seseorang peserta mungkin hebat semasa latihan tetapi pada hari pertandingan ia menjadi kaku, gugup dan takut kerana ramai pesaing,” jelasnya.

Pertandingan kali ini menampilkan juri berpengalaman yang mahir dari pelbagai negara untuk mengadili empat peringkat proses penghakiman.Jelas Nik Ishak, suara burung ini dipecahkan kepada empat bahagian iaitu suara depan, tengah, air suara dan suara belakang.Keupayaan seekor burung ketitir menguasai keempat-empat bahagian ini membolehkannya dinobatkan sebagai juara selain kesepakatan juri dalam menentukan suara terbaik.

Sementara itu, empat kategori seni suara dipertandingkan iaitu suara A melibatkan burung yang mempunyai suara garau dan kasar, suara B bagi suara peringkat pertengahan, suara C untuk burung yang memiliki suara halus manakala kategori baru yang turut dipertandingkan ialah suara burung muda atau remaja yang berumur tujuh atau lapan bulan.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sambutan yang ditunjukkan mendorong kerajaan negeri mengambil inisiatif menambah baik pertandingan ini kerana ia tarikannya yang tersendiri.

“Peminat dan penggiat seni ini pula berkembang tanpa mengira kaum, budaya mahu pun latar belakang, malah ia berkembang ke negeri-negeri lain sama ada sebagai hobi, hiburan dan perniagaan.PENAT lelah seharian di bendang terubat apabila mendengar suara burung peliharaan menyanyi.

“Pada tahun ini, satu kategori baru iaitu pertandingan burung murai batu diperkenalkan sementara pertandingan burung tiong bercakap masih dikekalkan,” katanya semasa menyampaikan ucapan.Pertandingan itu juga mempertandingkan kemerduan suara burung tekukur, candik, tiong dan murai batu Selain pertandingan suara burung, pertandingan seni kecantikan ayam serama turut memeriahkan suasana.

*Sumber: Malaysia Spotted & Zebra Dove

Read more...

Forum Community

Merbok Forum

EDISI LAMAN WEB

Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum Bird Forum Bird Forum Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum bakal melahirkan sebuah buku berbentuk E-BOOK tidak lama lagi. Ianya berkaitan Burung Merbok dan Tekukur penuh dengan informasi dan padat dengan tips-tips yang berguna bagi pengemar burung.

FORUM NEWS LETTER

Penyerahan T-Shirt 'Ekslusif' Merbok Forum Edisi Pertama
Penyerahan T-Shirt Merbok Forum T-Shirt Merbok Forum
Edisi ke-2 bakal muncul tidakj lama lagi..!Tempahan kini dibuka.

RANKING / BIRD TOPSITE

TOP SITE Photobucket Bird Top Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site

LINK US (BLOG AND FORUM)

Link Us (opy/paste into your own (website or blog)
Merbok Forum Laman Warisan Laman Warisan
Powered By Blogger

Back to TOP