Courier Service

Courier Service

Join Us

Merbok Forum
Showing posts with label Pikat. Show all posts
Showing posts with label Pikat. Show all posts

Merbok Berentap

>> Friday, August 20, 2010

Berentap sebab nak ngawan..

Saje nak kongsi ngan member sume..sewaktu tgh duk ngadap PC ni..saya terdengar bunyik kuaa..kuaaa...aaaakkkkkkkk....ini bunyik merbok nih..intai kat tingkap tengok merbok 2 eko tengah berentap..prapp..prappp...mcm tekukur da..sebab saya katakan berebut betina ada 3 eko masa tu...

 Sumber: Merbok Forum

Read more...

Sam Otai Merbok Pikat

>> Monday, August 16, 2010

Otai Merbok...
Kalau nak d hitung kaki pikat tekukur memang ramai boleh kata setiap kampung atau taman mesti ada kaki pikat tekukur tapi kalau nak kira kaki pikat merbok boleh d bilang dgn jari..salah seorang kaki pikat merbok yang baru saya kenal ialah Sam seorang kaki pikat merbok yang dah lama main pikat merbok. Sam sendiri mengakui memang kaki tekukur ramai masa kini. Oleh kerana kaki pikat merbok sedikit, boleh d kira maka pikat merbok pun jadi mahal sehingga mencecah RM1.5K kalah harga pikat tekukur. Bagi saya memang patut pun sebab nak ajar pikat merbok tidak semudah tekukur.
Saya sempat berkunjung ke rumah Sam melihat barisan pelapis pikat merbok beliau..memang saya akui Sam memang layak dipanggil 'Otai'



Read more...

Persediaan Untuk Tahun 2010

>> Monday, November 30, 2009

Pikat Guk 2 Gagap 15x..

Untuk persediaan memikat tahun depan 2010, saya sudah mempunyai seekor Pikat(Gambar) dan BB(burung baru). Rasanya sudah cukup untuk saya memulakan balik aktiviti memikat saya. Ramai kengkawan yang teringin nak melihat bagaimana rupa Pikat saya tu. Jadi, saya postkan gambar buat tatapan rakan-rakan disini.


Read more...

Seladangjati(Dada Belah)

>> Tuesday, November 24, 2009

"Dah mengantuk disorongkan bantal...

Saya tak menyangka dan tak plan nak carik burung terkukur pada awalnya. Cukupilah dengan sekor pikat guk dua baru dapat tu. Niat untuk memiliki seekor pikat seladang memang sejak dari dulu lagi. Tapi tak pernah kesampaian. Yang kerap saya nampak dan dengar hanya seladang gantung. Nak cari seladangjati memang payah pada waktu itu.

Ibarat orang kata " Dah mengantuk, disorongkan bantal" sebelum saya dapat pikat guk dua tu..memang saya ada terdengar bunyi seladang kat rumah kawan saya tu..tapi saya buat tak peduli saja. Dalam hati dah tahu, ini mesti pikat dia ni..Tanya pun tak guna sebab mana ada orang nak jual bende yang susah dapat melainkan kalau nak jual pun mesti harga giler nye mahal.

Minggu lepas kawan saya menanyakan prestasi pikat guk 2 tu sambil tanya saya "nak tak burung belum ajar tapi dah gedik kepak?" hati saya ketika tu..memang tak minat kalau nak ngajar burung baru ni....melainkan kalau dah bunuh dua tiga ekor boleh lah gagah lagi.."bukan tak nak tapi nak ngajar tu..saya ni..manalah ada masa..keluar gelap balik pun gelap melainkan hujung minggu.." jawap saya. "Bukan pa..aku tengok kau takde burung..tu yang aku offer tu..kalau kau nak la..aku memang sayang burung ni..ramai yang dah mintak tapi aku kata aku tak nak jual..isi burung ni..dah lah banyak seladangjati plak tu.." bederau darah bila dia kata seladangjati..."ah..! seladangjati..!" jawap saya. "eh..aku nak..aku nak..! tak kisahlah kalau ngajar bertahun pun aku sanggup" jawap saya lagi. "Tu la..kan aku dah kata..rugi kalau taknak..heh..heh..heh.."

Tanpa berlengah saya pun apa lagi bedesuupppp.....balik amik catok. Kawan saya pun bawak keluar lah burung tu..sambil beri sedikit penerangan tentang burung tu.."burung ni..aku pikat kat pahang..dah berpuluh orang ngejekan burung ni..tapi tak dapat..last-last kat pikat aku jugak dia serender...kau tengok ekor dia..pendek kan..pastu manik dia..penyambut dia..burung ni kalau jadi pikat..aku takut kau tak larat nak bawak je.." cerita kawan saya tu..

Balik rumah barulah saya perasan burung seladangjati ni..dada dia ada belah..memang ada kelainan burung ni. Hati gembira tak terkata..burung idaman sudah pun ditangan. Hanya menunggu masa untuk dibwak ke hutan. Habis musim sikap ni..jawapnya kena bawak sekali dua..pikat guk 2 dan seladang ni..sambil mikat sambil ngajar. Sekian.

Read more...

Forum Community

Merbok Forum

EDISI LAMAN WEB

Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum Bird Forum Bird Forum Merbok Forum Merbok Forum Merbok Forum bakal melahirkan sebuah buku berbentuk E-BOOK tidak lama lagi. Ianya berkaitan Burung Merbok dan Tekukur penuh dengan informasi dan padat dengan tips-tips yang berguna bagi pengemar burung.

FORUM NEWS LETTER

Penyerahan T-Shirt 'Ekslusif' Merbok Forum Edisi Pertama
Penyerahan T-Shirt Merbok Forum T-Shirt Merbok Forum
Edisi ke-2 bakal muncul tidakj lama lagi..!Tempahan kini dibuka.

RANKING / BIRD TOPSITE

TOP SITE Photobucket Bird Top Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site Bird Site

LINK US (BLOG AND FORUM)

Link Us (opy/paste into your own (website or blog)
Merbok Forum Laman Warisan Laman Warisan
Powered By Blogger

Back to TOP