Kawan Sepermainan Dulu
>> Sunday, December 13, 2009
Akhirnya bersua juga dengan 'Sifu'
Hampir lima belas tahun saya tak pernah berjumpa sahabat karib Wan merangkap 'sifu' saya yang mana beliaulah orang yang banyak memberi tunjuk ajar berkaitan pikat tekukur. Seminggu awal kami telah mengatur untuk berjumpa satu lokasi mikat kawasan selangor. Memandangkan musim sikap dan helang masih ada lagi Wan bercadang layan pikat ayam je. Saya pun bersetuju dan bawak Guk-2 untuk sesi panas badan je.

"Uuii...ensom lagi ko..!" Wan menyape saya. Sambil bersalaman saya pun jawap "Mana ade Wan...cam biasa je..makin tua adalahh..hehehee...." Kami yang berpakaian celoreng lusuh ala komando gitu pun bersembang sambil menikmati sarapan pagi. Maklumlah dah lama tak jumpa..sembang tak tak ingat lah.. Diantara cerita-cerita kami yang menyedihkan saya ialah, bila ada diantara kawan sepermainan yang sudah meninggal dunia.Ada juga yang masih aktif kata Wan lagi. Kalau nak jumpa datanglah kat kedai kopi(Kg. Subang) Kat situ ramai kaki-kaki pikat baru dan lama lepak.


Saya pun ambil pikat masuk cetok malas nak tunggu, gantung kat pangkal kelapa sawit sambil tunggu Wan abis wat kerja. Sejam selepas tu, Wan pun sampai. "Pikat kena bedal lah..tak kena racik plak tuh..! kalau tunggu lama sket mungkin kene tu..Pikat muda lagi(Gambar)..baru bunuh lima ekor..tak nak kasi berlaga lama. Kalau aku bawak pikat tua tu..mungkin aku biarkan" kata Wan. Sebenarnya saya memang tak fokus sangat nak mikat pada hari ni..tumpuan lebih kepada nak sembang dengan Wan, banyak benda nak tanya dia terutama tentang tali kaki dan racik.

Selesai sesi berguru semula tu..lebih kurang jam 5.00pm. Kami pun mengambil keputusan untuk sambung lagi dilain perjumpaan mikat. Sempat jugak Wan ajak saya gi mikat pada hari ahad 13/12/09,tapi mikat AH la..Wan kata lagi, sesi mikat AH ni ramai secara berkumpulan. Ada melibatkan pertaruhan. Bila saya dengar macam tu..saya pun ambil keputasan tak pergi. Bukan pasal pertaruhan tu..tapi hari ahad ingat nak lepak rumah je..nak rehat...hehee..Setakat ini je..rakaman perjumpaan saya bersama rakan karib saya. Saya rasa mungkin banyak lagi cerita yang bakal menyusul tentang pikat sebab partner lama dah kembali.
0 comments:
Post a Comment